Sabtu, 06 September 2008

YANG BERSALAH PUN TAK RELA MINTA MAAF, NAJIB YANG MEMANDAI-MANDAI???


DIKEMASKINI: 06 SEPTEMBER 2008 (JAM 7:00 PM)

oleh: gege habis reng
Kes si anu bersabit `Cina hanya menumpang' (malas nak sebut nama, mual tekak aku) kalau diibaratkan sakit jantung,ia memang dah sampai tahap koma, dah tak tau apa-apa lagi dah, mulut dah melalut, otak dah jem. Pihak media akhirnya menjadi pilihan si anu tu untuk lepaskan diri, habis dilontar kesalahan kepada media, kononnya salah lapor dan putar belit ucapannya.

Agaknya semua petugas media di malaysia ni, pekak ke apa? kalau yang sorang tu lapor awak cakap macam, yang sorang lagi lapor sebaliknya, sahlah memang reporter banggang! Tapi hakikatnya semua paper lapor benda sama, lapor awak yang cakap macam tu, ada recorder lagi. Tapi awak boleh juga menafikannya, selepas seminggu negara geger, awak senyap je kenapa? Tengah dok cari jalan lepas diri kot, last-last tolak kat media jelah, habis cerita.

Cakap benda yang berunsur hasutan sehingga menimbulkan keserabutan orang lain tak berdosa ke? Lepas tu berbohong kata media yang silap, tak berdosa ke ? Menjatuhkan maruah bos tak berdosa ke? (Bos dia,TPM dah pun mohon maaf bagi pihaknya dan Umno dan BN, tup-tup si anu tu pula buat sidang akhbar kata dirinya tak bersalah kenapa nak minta maaf. habis, yang TPM minta maaf tu apa ke jadahnya pulak? Buat malu TPM, buat malu bn je).

Bilalah pemimpin seperti ini nak sedar, tanpa Cina dan India mungkinkah wujud Malaysia seperti sekarang? janganlah jadi manusia yang tak reti kenang budi, kita semua rakyat malaysia, jangan nak bezakan kasta pula. Kerajaan patut ambil tindakan sewajarnya terhadap si anu tu, bukan kerana desakan Cina, tapi kerana jelas sekali dia dah buat silap.

Tak pasal-pasal, kat kelantan pun ada sorang yang tidak kurang bangang, dia kata jangan dok geger sebab parti gerakan sendiri pun singgung orang lain kerana isu nak keluar BN. Weiiilah, ni cerita lain lah dungu, yang nak keluar BN tu masalah awak anak-beranak dalam BN. yang si anu cakap pasal `cina penumpang' tu sabitkan seluruh Cina negara ni. Tau beza tak? Nasib baik Cina kelantan tak bagi pangkah kat dia masa pilihan raya baru ni, kalau tak memang menyesal terpilih pemimpin yang otaknya masih ada kotoran perkauman.

Aku percaya bukan semua Melayu setuju dengan kata-kata yang berbau perkauman seperti si anu-anu tu. Kes ini dah sah jadi bekalan kepada BN untuk makan lebih banyak telur pada pilihan raya akan datang. Tahniah kerana pertahankan orang yang putar belit demi pertahankan kenyataan yang berbau hasutan. Syabas kerana pihak polis sedang ambiltindakan wajar. Kesian.....TPM ditempelak kerana orang yang diwakilinya tak mengaku yang dia nak minta maaf pun.

Selasa, 02 September 2008

ISU CINA HANYA MENUMPANG: UMNO TERPERANGKAP


DIKEMASKINI: 02 SEPTEMBER 2008 (JAM 6:30 PM)

oleh: ayam serama dada lapang
Makin dinafi, makin kacau jadinya. Menurut laporan Malaysikini, Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Padzi Paharudin menyifatkan kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang mendakwa kaum Cina sebagai menumpang di Malaysia pada satu ceramah Isnin lal, bukan pendirian UMNO.

Kenyataan Ketua Umno bahagian Bukit Bendera yang dianggap sebagai berunsur perkauman yang serius itu dikatakan hanya pendapat peribadinya, tambahan pula ia hanya diucapkan pada satu ceramah di Kampung Belah Dua (25 Ogos) untuk menaikkan semangat orang Melayu.

MasyaAllah, inilah jenis pemimpin yang merosakkan perpaduan rakyat, sanggup gunakan isu yang menyinggung kaum lain dan menghasut kaum yang satu lagi untuk membenci. Ada banyak cara, banyak isu lain yang boleh naikkan semangat pengundi, bukan dengan cara menjatuhkan nilai moral sendiri, merosakkan imej parti, semata-mata nak tarik undi.

Inilah yang disifatkan politik tamak haloba yang sekali gus mencerminkan sebahagian besar pemimpin UMNO masih berfikiran sempit yang sentiasa tidak sanggup terima hakikat bahawa orang bukan Melayu yang ada sekarang merupakan anak-anak yang lahir di Malaysia.

Bentuk sosial dan tamadun Malaysia yang ada sekarang adalah acuan integriti pelbagai kaum, terbina bukan dalam sehari dua. Jangan senang-senang yang rosak peranda dengan fakta yang menyinggung kaum ini dan menyuntik rasa benci di kalangan kaum itu.

Berbalik kepada isu Ahmad Ismail, sepatutnya UMNO kutuk keras kenyataan sedemikian sekiranya UMNO sendiri tidak mahu pemimpin bukan Melayu turut megah dengan kata-kata yang biadab. UMNO sendiri patut tunjukkan mereka sayangkan keharmonian sesama kaum.
UMNO, malah BN harus sedar antara faktor mereka kalah gila pada PRU-12 adalah kerana hilang undi bukan Melayu, kerana bukan Melayu dapat merasakan BN tidak benar-benar hormati mereka sebagai RAKYAT MALAYSIA. Inilah jadinya. Kalau masih tak sedar, BN akan jadi BINASA NATION !
Catatan 1: Jangan anggap orang lain bodoh bila menyifatkan dakwaan Ahmad sebagai pendirian peribadinya. Ni aku nak tanya, dia berucap atas kapasiti apa malam tu, atas platform apa malam tu???

Catatan 2: Ahmad didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan itu sewaktu berceramah di Kampung Belah Dua pada 25 Ogos lalu ketika pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.Dalam ceramah tersebut, Ahmad didakwa berkata, orang Cina adalah pendatang yang menumpang di Malaysia dan oleh itu mereka tidak boleh mengharap mendapat layanan sama rata.

Catatan 3: Pemuda DAP (Dapsy) telah membuat laporan polis di Perak, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan terhadap Ahmad. Parti-parti komponen BN - MCA dan Gerakan - juga telah membuat laporan polis berhubung isu yang sama beberapa hari yang lalu. (SUMBER MALAYSIAKINI).
DIKEMASKINI: 03 SEPTEMBER 2008 (JAM 9:20 PM)
Komentar pilihan yang dihantar Ongkili Steven menerusi kelatekito@gmail.com:
"Najib dah minta maaf bagi pihaknya….minta maaf yang tidak ikhlas…habis gitu aje….kalau cina cakap, comfirm kena ISA dah…hindraf pun dah jadi mangsa….fikir-fikirkan mahu sokong BN atau tidak…demo istihar keluar MCA la, kaweh sokong seratus peratus..heheheh"

Minggu, 31 Agustus 2008

CINA ADALAH WARGA MENUMPANG DI MALAYSIA?

DIKEMASKINI: 31 OGOS 2008 (JAM 7:20 PM)
oleh: ah chong balik pulau

Kemenangan Anuar Ibrahim di Permatang Pauh adalah kemenangan perjuangannya membersihkan dirinya daripada tuduhan liwat 10 tahun lalu dan 10 tahun tahun kemudian.

Berdasarkan jumlah majoriti yang hanya 2,000 melebihi yang pernah diperolehi isterinya, jelas menunjukkan kekuatan beliau masih memerlukan sedikit waktu untuk sampai ke tahap konkrit. Sebahagian besar menjangkakan beliau menang dengan majotirit paling kurang 20,000. Tapi tidak jadi kenyataan.

Sama ada dia mampu rombak kabinet Pak Lah pada 16 September ini atau lebih lewat, itu bukan dalam kawalan kita, itu kerja orang politik, yakni jenis manusia yang sentiasa mengerti susun pertuturan mengikut waktu dan keadaan semasa, depan hantu cakap bahasa hantu, depan syaitan dia tidak mungkin cakap bahasa manusia. Sebab itulah jangan kita runsing, kalau jadi PM, maka jadilah dia, apa bolehkah kalian halangnya? Cuma berdoalah agar jadi PM yang berwibawa, bukan PM yang `diwasiatkan'.

Kenapa dikatakan orang politik ini jenis manusia yang cakap hantu ketika temu hantu? Lihat lah di mana mereka berada, di acakap ini hak untuk Melayu dalam kelompok Melayu, dia akan sokong Cina ketika masuk ceramah dalam kawasan tokong. Jadi kita pening, maklumlah di sini kata NO, di sana kata YES. Yang mana satu?

Terbaru, isu `Cina hanya menumpang di negara ini" yang terlantur daripada mulut seorang pemimpin UMNO di bahagian Bukit Bendara. Dia cakap benda ni dalam kelompok Melayu, dia takkan kata macam tu kalau jumpa pengundi Cina, India atau Dayak atau Kadazan.

Inilah penyakit yang wujud dalam pemimpin UMNO, besar diri, tak sedar diri, penting diri. MCA dan MIC dan Gerakan masuk poket je ! Sebab itulah tsunami PRU 12 merobek seluruh keangkuhan itu dan kekalahan Permatang Pauh belum mampu buka mata mereka. Sampai bila nak sedar?

Jangan terlalu sensitif bila orang lain cuit sikit pasal kelemahan kita, kita patut dengar dan perhalusi dengan hati terbuka, positif ke arah memperbaiki diri. Jangan jadi orang yang ketawakan ketam jalan senget, tapi tak sedar kita sendiri jalan terhegeh-hegeh.

Janganlah jadi bangsa yang cepat melatah, sikit-sikit nak halau si anu keluar Malaysia, sikit-sikit nak adakan tunjuk perasaan. Bila orang lain persoal perjanjian sosial, anda melenting, tapi bila anda sendiri dakwa bahawa orang Cina hanya warga penumpang di negara ini, anda megah. Padahal, anda juga sedang mencabar kontrak sosial tersebut.

Jika saudara Ahmad Ismail ada alasan untuk pertahankan apa yang dia kata itu, sila sebar secara meluas ke seluruh negara, termasuk cakap di depan kalangan orang Cina dan bukan Melayu yang lain.

Yang peliknya, PM masih buat dont know, buat tidak apa walaupun dah ada pihak yang membantah perbuatan Ahmad. Tapi ini biasalah, masa jurugambar Cina kena cekek sampai nak mampus, ada gambar bukti yang jelas, tapi mana ada pihak berkuasa kata nak cari pemuda dalam gambar tu.

Bila musim pilihan raya (penamaan calon Permatang Pauh), kerajaan begitu pantas ambil tindakan sebar gambar mereka yang disyaki terbabit dalam insiden pukul itu. Inilah kelebihan pilihan raya di negara kita, banyak benda jadi BOLEH dengan pantas.

Saudara Ahmad, jangan cabar kontrak sosial, jangan cuba jadi hero dengan pertikai kedudukan dan hak kaum lain dalam negara ini. Perbuatan sedemikian hanya akan melunturkan lagi sokongan terhadap BN, ia seakan menjelaskan betapa pemimpin UMNO masih berfikiran membeza-bezakan taraf sesuatu kaum, seolah wujudnya kasta antara Melayu dengan Cina dan India. Kita sudah 51 tahun merdeka, malang sekali masih wujud pemimpin yang memandang hina kaum lain.

Sabtu, 30 Agustus 2008

为何中正这样不醒目: 别把别人的错误放大,缩小本身(董事部)的错误

DIKEMASKINI: 31 OGOS 2008 (JAM 1.00PM)
oleh: awang gegesokmo

Berikut adalah komen pilihan yang dihantar ke gegesake oleh pengirim yang menamakan diri sebagai NKH. Terima kasih kerana memberi reaksi dan komen bernas.
NKH: 好好的问中正本身,再来写文章。为何其他学校很醒目,会拿政府拨款还电费,为何中正这样不醒目,指责别人之前先看自己的问题。别把别人的错误放大,缩小本身(董事部)的错误。最可恶的政治化电费的人,不知道你看东西是不是全面。新闻媒体不是应该要保护新闻来源?这个文章很误导,乱来.
Selasa, Agustus 26, 2008

Blog merupakan satu wadah untuk semua melontarkan pandangan terhadap apa jua isu, kita boleh menulis tentang sesuatu yan kita fikirkan betul, kita juga boleh menulis berkenaan sesuatu yang kita anggap patut diperbetulkan.

Seperti juga tulisan benci hipokrit mengenai isu potong bekalan api di Chung Cheng, mungkin itu skop yang terlihat oleh beliau, mungkin NKH sendiri mempunyai pandangan yang lebih tepat.

Tulisan itu tidak pertikaikan tindakan Chung Cheng tak bayar bil elektrik, yang dipersoalkan ialah kenapa si anu yang ada maklumat itu tidak memaklumkan terus kepada pihak sekolah, PIBG atau MCA bagi mengelakkan ia berlaku?

Kenapa mahu melihat ia berlaku dan disaksikan media? Jika sengaja mahu media menjadi saksi, bermakna seluruh Kelantan, seluruh Pantai Timur, malah seluruh Malaysia telah menjadi saksi kepada insiden yang mencalar maruah pencinta pendidikan Cina. Apa masalahnya di sebalik keseronokan beliau melihat semua itu?

Jika skop kami melihat isu itu terlalu sempit, adalah diharap NKH dapat memberikan pandangan yang lebih jelas agar `kesilapan' yang anda maksudkan dapat diperbetulkan. Kami hargai tulisan anda.

Senin, 25 Agustus 2008

KENAPA SEKOLAH CINA CHUNG CHENG KENA POTONG BEKALAN ELEKTRIK???

DIKEMASKINI: 26 OGOS 2008 (JAM 1:30 PM)

oleh: benci hipokrit

Minggu lepas, kalangan masyarakat Cina di Kelantan geger pasal bekalan elektrik di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng kena potong berikutan bil tertunggak lebihRM60,000. Soalan popular sudah pasti ialah "Kenapa tak bayar?", "Kenapa hutang sampai RM60,000?".

Tak kurang juga yang menyalahkan Pengetua, menyalahkan PIBG, menyalahkan MCA, menyalahkan serba-serbi makluk yang ada kaitan dengan SMJK Chung Cheng. Memang seronok menyalahkan orang dan memang senang untuk cari silap orang lain.

Yang jelas ialah MCA banyak berjasa membantu sekolah tersebut mendapatkan pelbagai peruntukan daripada kerajaan Pusat, tidak dinafikan juga kesungguhan barisan PIBG sentiasa berikhtiar mencari peruntukan, maklumlah ini sekolah `anak tiri' kerajaan, dapat peruntukan pun separuh sahaja.

Paling utama ialah semangat cintakan sekolah ibunda di kalangan masyarakat Cina yang tidak putus-putus bergolok-bergadai, malah sanggup buat apa sahaja untuk membantu pembangunan sekolah.

Susah payah adalah berbaloi apabila curahan tenaga dan wang ringgit telah membolehkan sekolah ini terus maju dan berkembang sebagai antara sekolah SMJK Cina yang dihormati.

Adalah malang apabila tindakan potong bekalan menjadi isu tatapan umum, pelajarnya terkilan kerana menjadi sindiran, seluruh warga sekolah telah dimalukan dengan isu yang tidak sepatutnya berlaku.

Ada beberapa sebab tunggakan tidak dibayar, termasuk wang terkumpul dalam dana pengurusan terhad. Isu di sebalik isu yang wajar diteliti ialah sekolah ini tidak lagi disalurkan `bantuan' oleh Jabatan Pelajaran Kelantan untuk bayar bil elektrik sejak tahun lepas.

Jika anda tanya kenapa, jawapannya senang dan padat - "Ia bukan sekolah kebangsaan tapi sekolah jenis kebangsaan, dengan lain perkataan ia bermaksud sekolah kelas kedua dalam sistem pentadbiran negara ini!"

Pihak sekolah `bertahan' untuk tidak jelaskan bil tunggakan dalam tempoh tersebut berikutan masih menanti janji Timbalan Menteri Pelajaran yang dikatakan akan mendapatkan semula peruntukan (untuk bayar bil elektrik) tersebut, malah beliau menegaskan ia merupakan peruntukan yang sepatutnya dinikmati SMJK Cina itu.

Malangnya, selepas kena potong bekalan (bekalan disambung semula selepas 3 jam pada hari yang sama selepas sekolah setuju bayar 80% bil tertungak) sampai sekarang, Timbalan Menteri masih terkial mencari peruntukan yang dikatakan `sepatutnya' ada itu.

Perbicaraan kes di sebalik kes memang menarik, banyak rahsia di belakang kes sebenar akan terdedah kepada umum. Rupanya dalam isu ini pun ada kes sedemikian apabila ia didedahkan oleh Pengerusi Persatuan Alumni Chung Cheng, saudara Ooi Poh Choon, bahawa pihak media menerima SMS sehari sebelum itu berhubung tindakan potong bekalan.

SMS itu dihantar oleh Ketua Biro Aduan Awam MCA Kelantan yang antara lain memaklumkan bekalan akan dipotong dan diakhiri dengan ungkapan "saksikan detik bersejarah tersebut"., itu pesan dia kepada rakan media.

Bukan urusan kita untuk tahu daripada siapa dia dapat maklumat, yang penting ialah sebagai seorang Cina yang ada jawatan dalam parti MCA yang dikatakan berusaha membantu kaum Cina, langkah pertamanya patut maklumkan kepada MCA Kelantan bagi cari jalan mengelak tindakan tersebut.

Walaupun dia tidak boleh menghalang tindakan TNB, tapi dia mampu lakukan sesuatu yang lebih baik berbanding `menghukum' seluruh warga sekolah tersebut dengan satu catatan yang menjadi titik hitam dalam sejarah SMJK Chung Cheng. Dengan bukti yang ada (sms), dia kini membangkitkan kemarahan masyarakat Cina kerana sms tersebut jelas membuktikan dia tidak berusaha untuk `menyelamat' keadaan, malah agak `gembira' melihat ia berlaku.

Sekolah tidak terhina, pelajar tidak dimalukan, masyarakat umum Cina Kelantan tidak naik marah - Kalau dia ada pertimbangan dan cintakan sekolah Cina; kalau dia tidak sanggup lihat SMJK Chung Cheng terpalit arang; kalau dia berniat menyelesaikan masalah orang Cina; kalau dia tidak pentingkan diri untuk jadi hero dalam media Cina.

Inikah padahnya apabila masalah Cina tidak diadu secara rasmi kepada Biro Aduan MCA Negeri Kelantan? Kita nantikan pula apa penjelasan MCA Kelantan.

Selasa, 12 Agustus 2008

NILAI SETIAKAWAN DI SEBALIK PEMILIHAN AJK SEBUAH PERTUBUHAN PEMUDA CINA

DIKEMASKINI: 13 OGOS 2008 (JAM 10.30 PAGI)

Al-kisah satu kumpulan pedagang Cina muda di sebuah negeri yang jauh di pinggir sempadan Negara yang kepingin turut serta dalam member khidmat kepada masyarakat, kononnya. Maka pertubuhan setahun jagung itu pun bermesyuarat untuk pelantikan baru gerombolan AJKnya, maka surat makluman tawaran kepada yang ingin menyertai senarai AJK telah diutuskan.

Surat itu cukup berkeramat kerana bertarikh 06.07.08, popularitinya ditangga kedua selepas tarikh 08.08.08 yang jauh lebih besar maknanya berbanding pemilihan sebuah jawatankuasa baru. Maka, seperti yang dijangka, puak-puak anak saudagar ternama terus membarisi AJK baru selain menyumbat beberapa si anu yang bakal dikerah keringatnya.

Keunikan kumpulan ini lebih terserlah apabila ada antara ahli menerima surat `tawaran’ yang bertarikh keramat itu pada penghujung bulan 7, bukan dihantar menerusi pakar pos tetapi `diterbangkan’ oleh merbuk gergasi atau kata pegadang Inggeris sebagai `by hand’.

Sayugia, si penerima terkejut beruk kerana utusan keramat itu perlu dijawab sebelum tarikh dia terima, yakni sekitar 20.07.08, dah terlepas. Maka, dia berfirasat barang kali kumpulan tu sekadar ingin mempermainkannya dengan cara licik iaitu `beri peluang tapi tak bagi ruang.’

Gundah gulanalah dia kerana merasakan diri dinodai dengan cara sebegitu, lebih-lebih lagi apabila ia terlihat senarai baru AJK kumpulan itu tertera pada akhbar. Ketika dia masih berduka sehingga kini, rupanya dia tidak bersendirian berdepan kecelaruan itu.

Dikhabarkan, ada seorang pedagang yang bukan daripada kalangan sohor yang pernah duduki kerusi AJK telah `dipecat’ secara kehormat juga dengan cara menerima surat keramat selepas tempoh sah laku, bukan terlebih tempoh sehari dua, bukan seminggu dua, tapi sebulan 6 hari !!!

Diceritakan bahawa si pedagang tidak sohor itu tidak tersenarai semula dalam AJK kerana usianya terlebih `ranum’, maka namanya diketepikan tanpa perlu diberitahu sama ada melalui telefon, surat atau emel. Tapi dia mula musykil apabila dia turut menerima surat keramat yang kononnya mengiringkan pelawaan itu.

Maka, panjanglah fikirnya kerana masih bingung dengan ceritera yang mengisytiharkan bahawa yang terlebih usia terjatuh `talak’ tanpa perlu dilafazkan. Tapi satu lagi ceritera mengisahkan bahawa dia dipelawa menyertai kumpulan itu berdasarkan surat keramat yang terlewat 1 bulan 6 hari itu. Tiga perkara diragui wibawanya, satu, munshi yang tidak tahu mengira umur. Kedua, khidmat perkeranian yang digaji memang tempang. Ketiga tahap kepimpinan masih ditakuk tadika.

Diakhirkan cerita, orang yang dikatakan usia terlebih ranum itu sebenarnya masih ada 365 hari untuk digugurkan daripada ranting rapuh. Selamat berjuang.

komentar tepilih dihantar oleh Beras_Mas Kelochor
hmmm....nampaknya masih ade sesetengah pihak yang masih menggunakan cara penerbangan merpati/merbuk...masih ketinggalan. Namun, puak saudagar muda harus juga mengingati apa yang telah dijuangkan selama ini oleh saudagar tua. Kalau tiada usaha gigih dan megeluarkan keringat-keringat dari tubuh si saudagar tua, mungkinkah masih ade hari ini untuk yang muda bertahta. Saya juga akur bahawa kebanyakan saudagar tua ini telah pun lanjut usia dan ade yang tidak larat lagi mahu pun yang nyanyuk...harus juga diingatkan soal hormat-menghormati perlu diseratkan dalamnya. Nescaya, apa yang dilakukan hari ini, mungkin juga akan jatuh ke muka sendiri kelak. Bentukkanlah satu sistem yang canggih dan kalau tak ade budject untuk mencari kerani proffesional, gunalah kecanggihan zaman moden ini. Komputerkan ade.....betul tak.

GAGAK KUNING DAN PEREBUTAN KERUSI PRESIDEN MCA

DIKEMASKINI: 13 OGOS 2008 (00:10 AM)
oleh: awang gegesokmo


Hanya yang bermoral sahaja (bebas dari skandal) layak untuk bertanding (Presiden MCA?). Putih tetap putih, yang hitam takkan jadi putih. Ini buah fikir calon Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat dalam laman webnya. Tegas, jelas, terbuka tertapi penuh sinis.


Tanpa perlu sebut siapa yang dimaksudkan, wajah dan aksi ranjang pemimpin yang dimaksudkan melintas ruang ingatan. Satu komen yang serasi suasana politik Malaysia, sejarah membuktikan sehebat mana wibawa seseorang itu tidak pernah diangkat menjadi pemegang tampuk kepimpinan tertinggi jika dia terjebak kes keruntuhan moral.


Kata-kata Ong itu, pertama menasihatkan ahli MCA supaya memilih pemimpin yang bersih, bermoral tinggi. Kedua, mengingatkan ahli bahawa mereka yang ternyata rosak nilai moralnya tidak wajar jadi pemimpin. Ketiga, pilih mereka yang berkemampuan dan bermoral menjadi pemimpin.


Ertinya, jangan pilih yang pernah bercengkerama, beranjangan sehingga menjadi tontonan dunia, sebaliknya pilih yang bersih rekod kerja dan bermoral jadi Presiden MCA baru. Setakat ini hanya Ong yang tampil untuk menjadi calon bertanding jawatan tersebut. Bijak.


Ketika hampir semua (lelaki dan perempuan) angguk dengan pandangan `pilih yang bermoral’, tak semena-mena Ketua Wanita MCA, Datuk Ng Yen Yen, si burung kuning berkicau mempertahankan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Baginya, Chua sudah pun mohon maaf, isterinya serta keluarga dah pun maafkannya. Kata Ng, sepatutnya masyarakat umum juga boleh maafkan Chua.


Puak MCA terkejut besar dengan tindakan Ng mempertahankan Chua, walaupun hakikatnya Ng sebelum ini menampilkan diri sebagai pemimpin wanita yang mempertahankan undang-undang `satu suami satu isteri’ dan mengutuk keras perbuatan curang, yakni hubungan seks selain dengan suami atau isteri.



Inilah Ng yang dikenali, tapi kini terpaksa merobek prinsip demi kepentingan politik, demi mencari sokongan kumpulan Chua bagi merealisasikan impiannya untuk berebut jawatan Presiden MCA dengan Ong, sekali gus menjadi wanita pertama naiki tahta Presiden MCA.
Ng yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Kelantan itu bagai menjerat lehernya sendiri apabila MCA negeri itu memberi reaksi tidak menyokong pendirian Ng dan menggap ia sebagai pandangan peribadi Ng, tiada kaitan dengan MCA Kelantan. Kicau burung kuning tersasul menjerat diri, kicaunya kian mirip gagak tua ditunggul reput menanti rebah.


Rumusaan kepada gelagat gagak tua ini ialah prinsip politik bukan paksi perjuangan yang utuh buat selamanya. Prinsip bukannya boleh mengenyangkan, prinsip tidak menjadikan seseorang itu kelihatan muda, prinsip tidak mampu memastikan orang lain terus setia pada kita. Yang soheh, prinsip hanya perhiasan bagi, ia fleksibel untuk disesuaikan dengan keperluan semasa (bagi memenuhi cita-cita politik) walaupun ia menyebabkan maruah tercalar dan membangkitkan rasa meluat ahli.


Soalan cepumas- Apakah nilai moral seseorang pemimpin politik yang tidak berprinsip, perjuangkan hak wanita tetapi tidak membantah seks luar nikah (hanya kerana mahukan sokongan puak sipelaku) ? Jika kelakuan ini disifatkan sebagai terhakis nilai moral, maka payahlah beliau untuk merasai empuk kerusi presiden. Kesian MCA Kelantan, dapat pengerusi baru yang kecelaruan prinsip. Ke mana dia akan bawa MCA Kelantan?

SILA DUDUK DAN KITA BERSEMBANG PANJANG

SILA DUDUK DAN KITA BERSEMBANG PANJANG
Mulai hari ini, GEGESAKE membuka ruang utama untuk anda hantar pandangan mengenai isu semasa. Berapa panjang pun tidak kisah, asalkan ia berasas. Ada gambar menarik pun sila lampirkan. Jika pandangan anda dipetisejukkan atau dibakulsampahkan oleh akhbar, inilah ruang terbaik kerana pandangan anda pasti ditatap disegenap bumi HIJAU dan seluas langit BIRU. emel ke kelatekito@gmail.com

NSTP: IS MALAYSIA READY FOR PEACEFUL ASSEMBLIES ?

NSTP: IS MALAYSIA READY FOR PEACEFUL ASSEMBLIES ?
TUN MUSA HITAM: Yes! Come on, we have been independent for 50 years. In the old days, after the demonstrations by the Indians, there would have been retaliation immediately

Mercu Kelantan

Mercu Kelantan
Kota Budaya

Raja Berdaulat, Raja Di Hati Rakyat.

Raja Berdaulat, Raja Di Hati Rakyat.
Istana Jahar yang kini dijadikan Muzium Diraja Kelantan. Di sinilah Baginda Al-Sultan Kelantan, KDYMM Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra diputerakan pada 11 November 1949. Baginda adalah putera tunggal Almarhum Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Zainab II, seorang raja yang adil, bijaksana dan bersifat pengasih terhadap rakyatnya.